Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
DENGKIL, 1 Oktober – Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi telah mengiringi Menteri KASA, YB Dato Tuan Ibrahim Tuan Man meninjau kawasan banjir di Kampung Sri Tanjung dan Kampung Lalang, Dengkil semalam.
Turut hadir bersama, Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga Dan Masyarakat YB Datuk Seri Rina Harun.
Menurut maklumat, mereka telah diberi taklimat daripada JPS mengenai masalah yang sedang berlaku, seterusnya meninjau kawasan banjir di Kampung Sri Tanjung dan Kampung Lalang.
“Saya telah mendengar taklimat daripada JPS mengenai masalah yang sedang berlaku”, kata Dato Dr Ahmad Yunus Hairi.
” ‘Terima kasih Dato Menteri’ dalam jangka masa panjang, JPS sedang melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 1 di daerah Sepang yang menelan kos sebanyak RM41 juta dibawah RMKe-12″, katanya lagi.
Dikhabarkan bahawa, projek ini akan memberi manfaat kepada 50,000 orang penduduk di tiga daerah berkaitan.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor