Home Berita PAS Pahang

PJ PAS Pahang sertai misi menyelamat mangsa hilang

669
SHARE
Ustaz Rosli dan Ayahngah sedang meninjau dan mengesan mangsa hilang

 

Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Adun Tanjung Lumpur Ustaz Rosli Abdul Jabar tidak ketinggalan menyertai pasukan penyelamat operasi mencari mangsa hilang di laut di Kuantan.

Mangsa yang hilang ialah Muhammad Riduan, 22 tahun, dari Kampung Kempadang, di sini pada Selasa lalu yang juga dikatakan seorang nelayan.

Turut bersama Ustaz Rosli ialah Pengerusi Assabiqun Pahang Ustaz Ismail Mohamed yang lebih dikenali sebagai Ayah Ngah.

Misi mencari telah masuk hari ketiga. Antara agensi yang terlibat ialah JPAM, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Polis Marin, Jabatan Amal Kuantan serta Persatuan Nelayan.

Dalam pada itu Ustaz Rosli memohon umat Islam menitipkan doa semoga dipermudahkan Allah kan segala urusan dan diberikan kesabaran kepada keluarganya.