Home Berita PAS Pahang

Adun Jengka rayu ringankan beban peneroka

539
SHARE

Tidak salah dikatakan bahawa ghairahnya rakyat menukar kerajaan yang baharu pada PRU 14 lalu ialah ingin melihat negara ini berubah kepada yang lebih baik.

Tanpa menafikan betapa sengsaranya sesetengah rakyat di bawah kepimpinan terdahulu, justeru mereka harapkan PH yang muncul dengan janji yang muluk-muluk, sudah tentulah boleh merubah sedikit sebanyak kehidupan mereka.

Antara komuniti yang terasa mahukan angin perubahan ialah warga warga peneroka Felda. Setelah melampaui setengah abad sepatutnya kehidupan mereka lebih gemilang dan terjamin.

Namun ianya tidak berlaku sekalipun telah diikrarkan permasalahan peneroka Felda akan diselesai dalam tempoh 100 hari pemerintahan PH.

Terbaharu ialah masalah hasil BTB di mana pembayaran untuk bulan Ogos ini akan ditangguh sekaligus ke bulan September nanti sehingga menimbulkan tanda tanya kepada warga Felda samada ketidakcekapan kerajaan baharu atau pengurusan Felda yang sedang bermasalah?

Adun Jengka Ustaz Shahril Azman Abd Halim ketika mengulas isu ini berkata, bermula September 2016 pihak Felda telah melaksanakan sistem bayaran hasil jualan sawit peneroka 1 kali setiap bulan.

Buah sawit yang dijual pada satu haribulan hingga 15 haribulan dibayar hasilnya pada 23 hingga 25 pada bulan yang sama. Manakala buah sawit yang dijual pada 16 hngga 31 haribula akan dibayar hasilnya pada bulan berikut antara 16 hingga 18 haribulan.

“Tetapi, selepas PRU14 yang lalu bayaran hasil jualan sawit masih lagi berlaku kelewatan sehingga menyukarkan peneroka untuk mengurus kehidupan disaat kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Sebagai contoh, duit bayaran hasil sawit pada bulan Julai baru-baru ini sepatutnya dibayar pada 16 hingga 18 Ogos tapi ia dibayar pada 21 Ogos.

“Begitu juga duit bayaran hasil sawit awal bulan Ogos ini sepatutnya dibayar pada 23hb hingga 25hb ini tapi sehingga hari ini 29 Ogos ia masih belum dibayar bahkan tiba-tiba saya mendapat berita bahawa ia akan dibayar pada bulan September nanti,” ujarnya.

Jelasnya, peneroka hari ini, bukan sahaja berdepan dengan bayaran hasil jualan buah sawit yang lambat, bahkan mereka juga sedang melalui satu keadaan di mana buah sawit kurang (melawas) sedangkan harga pula tidak naik sehingga ada peneroka yang angka paysheetnya kosong.

“Perlu disedari sumbangan yang telah dicurahkan oleh peneroka-peneroka Felda kepada pembangunan negara amat besar. Justeru, saya amat mengharapkan pihak pengurusan Felda dan kerajaan Malaysia Baharu ini tidak membiarkan perkara ini berlarutan dan semoga masalah ini dapat  diatasi dengan sebaik mungkin,” tegasnya.