Home Berita PAS Selangor

Pihak Berkuasa Harus Mendakwa Penghina Nabi – DPPK Hulu Langat

124
SHARE

May be an image of one or more people, people standing, outdoors and text that says "BALAI POLIS SEMENYIH SEMENYIH NYIH"

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh: Umar AL-Hayawi

Hulu Langat | Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Semenyih berhubung dakwaan satu video daripada pemegang akaun Facebook Dr Shuhainie Mohamed berhubung isu penghinaan keatas Nabi Muhammad SAW.

Penghinaan tersebut disiarkan secara langsung di akaun Facebook milik individu tersebut bertajuk Sidang Kalam pada hari Rabu 2 April, jam 9.00 malam dengan satu ucapannya menyatakan bahawa “Baginda tidak mempunyai kemaluan” bagi menyokong dakwaannya yang sesat menyatakan Nabi Muhamad adalah Tuhan.

Pengerusi Lajnah Dakwah Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat iaitu Ustaz Ahmad Zaki bersama pemuda yang lain telah membuat laporan polis. Laporan tersebut dirujuk kepada Pegawai penyiasat di IPD Kajang dan dimaklumkan bahawa laporan berhubung kes ini telah banyak diterima diseluruh negara dan satu kertas siasatan telah dibuka berkaitan kes tersebut berdasarkan laporan Polis yang pertama diterima daripada Balai Polis Pantai.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat menggesa agar pihak berkuasa dan penguatkuasa agama mengambil tindakan tegas ke atas beliau agar kegiatan merosakkan aqidah umat Islam ini dapat dibendung. Pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri juga perlu bertindak mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 atau mana-mana seksyen yang bersesuaian dalam isu ini.

Kredit : Penerangan DPPKHL

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor