Home Berita PAS Selangor

Kematian kerana wabak penyakit adalah syahid akhirat – Dewan Ulamak PAS Kawasan Gombak

519
SHARE

May be an image of one or more people, people standing and indoor

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | Dewan Ulamak PAS Kawasan Gombak amat terkesan bilamana melihat angka kematian akibat COVID-19 semakin meningkat. Kaum keluarga tidak dapat melihat dan menguruskan jenazah orang tersayang kerana prosuder yang telah ditetapkan.

Meneliti nas-nas yang ada berdasarkan kepada Hadith Nabi SAW, kematian kerana wabak penyakit termasuk kategori syahid akhirat. Orang yang bersabar ketika wabak juga boleh mendapat ganjaran pahala mati syahid. Tapi ada syaratnya.

Ketua Dewan Ulama PAS Kawasan Gombak Ustaz Imran Selamat dalam satu kenyataannya, “apabila dimaklumkan kematian pesakit-pesakit COVID-19 dari kalangan jemaah masjid dan surau sekitar Gombak, dapat terasa sebak dalam hati kerana tak dapat ziarah mahupun hadir solat jenazah”.

“Para ustaz dan ustazah yang pasti rasa perkara yang sama kerana terlalu ramai yang kita kenal rapat. Sebenarnya mereka yang kematian kerana wabak itu adalah pilihan Allah. Kita yang masih hidup ini belum tahu lagi”, ujar beliau lagi.

عَنْ عَائِشَةَ ـ رضى الله عنها ـ زَوْجِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَتْ سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَنِ الطَّاعُونِ، فَأَخْبَرَنِي ‏ “‏ أَنَّهُ عَذَابٌ يَبْعَثُهُ اللَّهُ عَلَى مَنْ يَشَاءُ، وَأَنَّ اللَّهَ جَعَلَهُ رَحْمَةً لِلْمُؤْمِنِينَ، لَيْسَ مِنْ أَحَدٍ يَقَعُ الطَّاعُونُ فَيَمْكُثُ فِي بَلَدِهِ صَابِرًا مُحْتَسِبًا، يَعْلَمُ أَنَّهُ لاَ يُصِيبُهُ إِلاَّ مَا كَتَبَ اللَّهُ لَهُ، إِلاَّ كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ شَهِيدٍ ‏”‏‏.‏

Menurut Aisyah RA, isteri Nabi SAW: Aku pernah bertanya Rasulullah SAW tentang wabak penyakit. Baginda memberitahu kepadaku, “Sesungguhnya wabak itu ialah azab yang Allah jadikan terkena kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah menjadikan wabak itu sebagai rahmat kepada orang-orang yang beriman. Tiada seorang pun yang terkena penyakit wabak lalu dia tetap tinggal di negerinya (tidak merentas ke negeri lain) dalam keadaan sabar dan mengharapkan ganjaran (dari Allah), dia mengetahui bahawa tiada apa pun yang menimpa dirinya melainkan apa yang telah Allah takdirkan untuknya, maka dia mendapat ganjaran pahala orang yang mati syahid.” (Sahih al-Bukhari, no.3474)

Maka bersabarlah dan bergantunglah sepenuhnya kepada Allah SWT. Tiada pahala buat orang yang selalu merungut dan tidak menerima ketentuan takdir.

Semoga dengan pengorbanan yang besar oleh para barisan hadapan dan komitmen seluruh rakyat Malaysia akan membuahkan hasil yang dinanti-nantikan selama ini iaitu kembali kepada rutin kehidupan kita seperti sediakala, InshaAllah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor