Home Berita PAS Perak

PH Khianati Demokrasi | Kenyataan Media PAS Perak

67
SHARE

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐏𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊

𝐏𝐇 𝐊𝐇𝐈𝐀𝐍𝐀𝐓𝐈 𝐃𝐄𝐌𝐎𝐊𝐑𝐀𝐒𝐈

PAS Perak menzahirkan rasa terkejut dengan pengakuan bekas calon Parlimen Bagan Datuk dari PKR dalam podcast yang disiarkan baru baru ini. Secara jelas Shamsul Iskandar telah mengakui konspirasi yang berlaku antara Pakatan Harapan dan UMNO pimpinan Zahid. Tindakan Shamsul melalui arahan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak membuat kiraan semula undi sebagaimana yang beliau kehendaki adalah menyanggahi demokrasi dalam pilihanraya. Ia dilakukan atas arahan Anwar kerana menurutnya telah ada perjanjian antara DS Zahid dan DS Anwar untuk menubuhkan kerajaan bersama.

PAS Perak mengambil perhatian perkara ini yang sekaligus mengesahkan desas desus yang telah dinafikan oleh DS Anwar dan DS Zahid. Implikasi dari pengakuan Samsul Iskandar membuktikan beberapa perkara;

01. Tindakan Anwar mengarahkan agar kiraan semula tidak dibuat dalam keadaan pertikaian yang sangat munasabah adalah membunuh semangat demokrasi.

02. Pengakuan DS. Anwar bahawa DS Zahid telah bersetuju memberikan sokongan menubuhkan kerajaan membuktikan bahawa kerajaan yang ada hari ini bukanlah kerajaan perpaduan yang di tubuhkan atas arahan SPBY Agong sebaliknya konspirasi awal antara DS Anwar dan DS Zahid. Ia telah di sahkan seawal 2.30 pagi selepas hari pengundian berbanding penubuhan kerajaan dua hari kemudian.

03. Jelas DS Zahid telah mengkhianati pengundi UMNO yang memberikan undi kerana menolak Anwar dalam kempen No Anwar No DAP.

04. Merujuk soalan awal moderator bahawa Shamsul memberi laluan kemenangan kepada DS Zahid bagi memastikan kerajaan Madani ditubuhkan tidak dinafikan Shamsul sebaliknya beliau ” menambah jawapan” melalui jalur rasmi.

Adalah sesuatu yang amat malang jika sistem demokrasi dibunuh semudah itu. Rakyat dipergunakan melalui ketempangan sistem yang ada. Sewajarnya keadaan ini diperbetulkan selaras dengan perjuangan reformasi yang dilaungkan DS Anwar suatu ketika dahulu berkonsep pilihanraya bersih dan adil.

PAS Perak melihat pengakuan ini sebagai sesuatu yang besar dan perlu diberi perhatian serta membuktikan bahawa kerajaan yang ditubuhkan penuh dengan muslihat dan pembohongan yang membunuh semangat demokrasi pilihanraya. Rakyat Malaysia khususnya penyokong UMNO perlu menyedari bahawa pemimpin mereka telah mengkhianati amanah dan kepercayaan mereka.

Pengakuan Shamsul ini juga adalah “check mate” dalam dolak dalik penafian Zahid terhadap konspirasi politik antara dua parti yang menipu penyokong masing masing. Penafian DS Anwar serta serangan beliau kepada PAS dan Presiden PAS kononnya berdusta tentang konspirasi beliau dan Zahid juga adalah satu “Pembohongan tengah hari rembang” kepada rakyat Malaysia. Ternyata kerajaan yang ada pada hari ini dibina dengan asas penipuan dan akan berterusan menipu rakyat demi kuasa dan menyelamatkan mereka dari hukuman

“𝐀𝐃𝐈𝐋 𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 ”

𝐘𝐁 𝐇𝐉 𝐑𝐀𝐙𝐌𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐍 𝐙𝐀𝐊𝐀𝐑𝐈𝐀
𝐏𝐄𝐒𝐔𝐑𝐔𝐇𝐉𝐀𝐘𝐀
𝐏𝐀𝐒 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊
𝟏𝟓 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟒 / 𝟏𝟏 𝐑𝐀𝐁𝐈𝐔𝐋𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇