Home Berita PAS Wilayah

Petugas PAS Titiwangsa Tekad Hulurkan Bantuan Berperingkat dan Berterusan

606
SHARE

Oleh NURUL NADIYAH

TITIWANGSA, 20 April – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak menghalang Pasukan Prihatin PAS Kawasan Titiwangsa untuk terus bergerak, mencari dan menyerahkan sumbangan kepada 19 orang penerima iaitu 7 dari Zon Keramat dan 12 orang dari Zon Pandan hari ini pagi tadi.

Misi Bantuan PKP hari ini bukan sahaja menyampaikan sumbangan berbentuk kewangan dan barang keperluan, malah PAS Kawasan Titiwangsa juga membuka Kaunter Semakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

“Kaunter ini bertujuan membantu warga setempat yang sukar mengurus sendiri permohonan secara atas talian dapat membuat permohonan,” kata Hedzer Ibrahim, Pengarah Jentera Pilihanraya, (JPRP) merangkap Ketua Zon Pandan.

Para penerima sumbangan terdiri daripada penduduk di PPR Jelatek, Datuk Keramat dan sekitar Kampung Pandan. Mereka ialah ibu tunggal, warga tua yang uzur dan mereka yang keputusan bekalan makanan. Bantuan juga telah dihantar ke rumah bagi mereka yang sukar untuk ke markaz.

Sumbangan disampaikan oleh Hedzer Ibrahim dengan dibantu oleh Hj. Wan Zulkefli, Mohamad Bakhtar, Aidi Alfian, Hj. Wan Zul Mohamad, Hj. Hoslan, Sharifah Ibrahim, AJK serta ahli-ahli PAS Kawasan Titiwangsa.

Semua keperluan dapur seperti beras, telur, tepung, gula dan susu serta kewangan adalah sumbangan daripada ahli-ahli, penyokong PAS dan para dermawan. Ini menguatkan lagi Pasukan Prihatin PAS Zon Pandan untuk terus membantu dan segera menyampaikan sumbangan kepada mereka yang amat memerlukan.

Justeru itu, PAS Kawasan Titiwangsa merayu kepada warga Malaysia yang prihatin untuk turut menyumbang kerana pembelian barang-barang keperluan dapur masih diteruskan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan (PKPD), lebih-lebih lagi untuk persiapan Ramadan yang bakal tiba.

Misi Ramadan akan datang juga lebih menarik. Pasukan Prihatin PAS Zon Pandan berharap dapat meneruskan bantuan mengedarkan kurma dan bubur lambuk kepada orang ramai. Misi ini pasti akan berjaya dengan bantuan dan sumbangan orang ramai.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun,

Maybank : 5640-9850-4101
(PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN TITIWANGSA)

serta hubungi AJK kami untuk maklumat lanjut :

1) Cikgu Yusoop (011-13373066)
2) Hedzer Ibrahim
(019-2708639)

Kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Jariah anda kami sampaikan kepada mereka yang berhak mendapatkannya.

#AhlanYaRamadan
#stayathome
#StaySafe
#stayhome
#malaysia
#DudukRumah
#Covid_19
#kitajagakita
#PKP
#pastitiwangsa

See First | Like | Share