Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana telah memilih PAS Johor terlibat secara langsung dalam PRN Melaka bagi DUN Merlimau, dan kita semua sebahagian daripada petugasnya.
Sesungguhnya, kerja-kerja sahabat kita di Merlimau telah dilaksanakan sebaik mungkin dengan penuh dedikasi.
Semoga semangat, pengalaman dan sumbangan di Merlimau dibawa balik untuk sama-sama menggiatkan gerak kerja jentera pilihanraya di kawasan masing-masing sebagai persiapan menghadapi PRU 15.
Seandainya terdapat kelemahan dan tindakan strategi yang kurang tepat, sama-samalah kita bermaaf-maafan dan kita perbaiki demi kecemerlangan gerak kerja pilihanraya PAS di Negeri Johor.
Bagi pihak JPrN Johor dan bagi pihak calon kita Tuan Haji Abdul Alim bin Shafie, saya rakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang berkesempatan yang hadir ke Merlimau.
Tuan Haji Abdul Alim ada menyatakan perasan amat terharu di atas jasa dan pengorbanan kontinjen PAS Johor yang telah membantu beliau sepanjang kempen PRN berlangsung.
جزاكم الله خيرا كثيرا
Sekian
DR KARIM DERAMAN
Pengarah
JPrN Johor