“Saff Bahtera BPPNS” | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi
Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden PAS dalam artikelnya terbaru bertajuk ‘Janji Manifesto Gagal Ditunaikan, Janji Pula Selesaikan Covid-19’ menyatakan dengan tegas berhubung dakwaan dan angan-angan mereka yang pernah berkuasa selama 22 bulan dengan penuh janji ‘bulan dan bintang’ tetapi tidak ditunaikan dengan alasan ianya bukan kita suci merupakan satu penipuan.
Tambahan pula momokkan yang dijaja kini dengan Kerajaan Gagal kononnya mereka layak dan mampu untuk selesaikan isu Covid-19 yang melanda negara juga merupakan satu lagi sandiwara dan bentuk penipuan. Dikemukakan 3 isi penting untuk dikongsi pada semua dalam bentuk design poster ‘Bicara Minda MURABBI UMMAH’. Semoga bermanfaat buat amilin dan ummah yang dahagakan sentuhan kalam murabbi ini.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor