Home Berita PAS Selangor

Pesuruhjaya PAS Selangor Sampaikan Sumbangan Derma Kilat Mangsa Kebakaran

1911
SHARE

         
Shah Alam : YB Ustaz Sallehen Mukhyi (Pesuruhjaya PAS Selangor) menyampaikan sumbangan daripada Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor kepada Ustaz Mohd Khalid Nayan yang mewakili guru Sriti At Taalim, Sg Besar. Guru tersebut telah ditimpa musibah kebakaran rumahnya. Kutipan sumbangan kilat dilancarkan pada Mesyuarat Perhubungan PAS Selangor dan berjaya dikumpulkan sebanyak RM2,105.00 serta diserahkan kepada wakilnya. Sumbangan anda akan meringankan beban mangsa kebakaran tersebut. PAS Negeri Selangor menyeru kepada yang ingin menyumbang dalam bentuk kewangan atau barangan. Sumbangan boleh terus atau menghubungi Nisa’ Sabak Bernam ditalian 013 222 5142 (Pn. Ain) atau 011 24300 215 (Cik Ummi). Memudah-mudahan sumbangan anda diberkati dan mendapat pahala di sisi Allah S.W.T.