Home Artikel PAS Negeri Sembilan

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan menjadi tetamu AGM Parti Makkal Sakti

395
SHARE

NILAI | Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Cikgu Haji Rafiei Mustaphamewakili Jawatankuasa Kerja PAS Pusat menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) yang berlangsung di Dewan TVC, Little Chennai Convention Centre, Nilai, Negeri Sembilan hari ini (21 Julai 2019).
.
Turut hadir mewakili PAS ialah Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan, Saudara Muhammad Badzli Abu Bakar.
.
Majlis dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi BN, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hassan yang hadir mewakili Pengerusi BN.
.
MMSP merupakan sebahagian parti gabungan Barisan Nasional (BN), dan kerjasama secara tidak langsung dan secara langsung dengan PAS telah pun bermula khususnya dalam Pilihan Raya Kecil DUN Rantau yang lalu.
.
#IslamMemimpinPerpaduan