Home Artikel PAS Perlis

Peserta SRITI Perlis Raih Emas Acara Seni Khat Kaligrafi

156 views
SHARE

Oleh: Amirul Syakirin

ARAU : Tuah nyata milik Muhammad Firas Darwish Fazley Aizam dan Muhammad Ammar Danish, apabila kedua-duanya berjaya membawa pulang pingat emas dalam pertandingan Seni Khat Kaligrafi.

Mereka merupakan pelajar Sekolah Rendah Islam Al Furqan (SRITI Perlis), Jejawi Dalam, dekat sini.

Mereka adalah sebahagian daripada peserta yang mewakili SRITI berkenaan ke Program SKAM Fiesta dan Semarak Jawi Kebangsaan 2019 yang telah berlangsung di SK Air Merah (Sekolah Berprestasi Tinggi), Kulim, pada 15 September lalu.

Turut naik ke pentas ialah Nur Iman Suffiya Azahar yang telah berjaya memenangi pingat perak dalam acara Pemberita Celik Jawi (P).

Selain itu, pasukan berkenaan juga turut membawa pulang sembilan pingat gangsa yang disumbangkan oleh sembilan orang peserta yang lain dalam acara Seni Khat Kaligrafi (P), Pemberita Celik Jawi (L), Menulis Khat Hadith (L), Menulis Khat Hadith (P), Imla’ Jawi (L) dan Imla’ Jawi (P).