Home Artikel PAS Wilayah

Pesakit kronik terima bantuan YB Kak Nuri

174
SHARE

Oleh: Muhamad Abdul Fateh

WANGSA MAJU : Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Binti Mohd Salleh (Kak Nuri) meluangkan masa kira-kira satu jam di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Gombak Setia untuk menyampaikan sumbangan kepada asnaf dan pesakit kronik, di sini semalam.

Beliau tiba di PPR Gombak Setia itu kira-kira pukul 5.12 petang diiring Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Wangsa Maju, Puan Asiah Baki.

Menurut suami, Roziah menerima ujian hidup yang luar biasa apabila disahkan menghidap Trakeostomi (Tiub Leher) dan menyebabkan beliau sukar untuk bercakap.

YB Senator turut menyerahkan barangan dapur bersama wang tunai yang diharap dapat meringankan bebanan yang dihadapi Puan Roziah dan keluarga.

“Kita berdoa semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada Puan Roziah dan keluarganya dan mengharapkan beliau akan sentiasa tabah menghadapi ujian Allah ini”, ujar YB Senator.