Home Artikel PAS Wilayah

Muslimat PAS Wangsa Maju bantu mualaf OKU

218
SHARE

Oleh: Muhamad Abdul Fateh

Wangsa Maju : Dewan Muslimat PAS Kawasan Wangsa Maju tampil memberi bantuan kepada mualaf OKU, Muhammad Amin di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, di sini semalam.

Muhamad Amin, 36 tahun yang memeluk Islam 20 tahun lalu pernah terlibat dalam sebuah kemalangan dan kini terpaksa bergantung kepada kakak dan anak saudara lelakinya.

Beliau turut menzahirkan kesedihan kerana tidak dapat bersama masyarakat luar akibat kekangan fizikal yang dihadapinya.

Sehubungan itu, Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Binti Mohd Salleh mewakili Dewan Muslimat PAS Kawasan Wangsa Maju menyampaikan sedikit sumbangan wang tunai dan barangan keperluan dapur kepadanya.

YB Senator turut memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar Muhamad Amin terus tabah menempuhi dugaan.

Turut hadir ialah Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Kawasan Wangsa Maju, Puan Asiah Baki dan Setiausaha Persatuan Penduduk PPR Gombak Setia, Puan Che Faridah.