Home Artikel PAS Perak

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak : Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

123 views
SHARE

Assalamualaikum warahmatullah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu sekalian untuk berpuasa sebagaimana telah diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu supaya kamu bertakwa.” Al Baqarah 183

بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Bersama meningkatkan dan mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan amalan soleh serta penuh keinsafan dan keilkhlasan.

Jadikan bulan Ramadan ini medan untuk mentarbiyah para pejuang Agama Allah dengan akhlak dan adab Islam yang terpuji.

Al-Qur’an adalah kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk menjadi petunjuk kepada seluruh umat. Dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT bulan Ramadhan adalah kesempatan yang paling berharga untuk memperbanyakkan membaca al-Qur’an, samaada secara bertadarus ataupun berseorangan, lebih baik lagi jika kita khatam) bacaan 30 juz al-Qur’an.

Semoga Segala Amalan Kita diterima di bulan yang mulia ini.

InsyaAllah kemenangan itu hanya milik Islam dan pejuangnya yang ikhlas.

YB Haji Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Negeri Perak

💚 Media Rasmi kami :
🌐 www.pas.org.my/negeriperak
📧 perak@pas.org.my

❤ Like | Share | Follow us:
📮 facebook.com/pasperak/
📮 facebook.com/perakyoptv/
📮 instagram.com/pasperak
📮 youtube.com/channel/yoperaktv