Home Berita PAS Wilayah

Perutusan Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju

749
SHARE

PERUTUSAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN WANGSA MAJU

TAHUN 2020: BINA PERPADUAN CAPAI PEMBANGUNAN

Asssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah kita diberi peluang untuk membuka lebaran baru tahun 2020. Impian baru dan matlamat terbaik seumpama meletakkan pena baru untuk melakar segala yang dicita.

Semestinya impian dan matlamat akan dicapai dengan adanya persaudaraan yang kukuh, keharmonian dalam komuniti, kebajikan yang melata dan keyakinan kepada Allah SWT sebagai pemutus segala sesuatu.

Islam sangat menitik berat soal perpaduan dan memelihara kesatuan ini sebagai pemangkin kepada kemajuan dan kemodenan.

Firman Allah SWT yang bermaksud “Dan Taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta dengan orang-orang sabar”. (Surah Al-Anfal : Ayat 46)

PAS Kawasan Wangsa Maju sentiasa beriltizam dan komited dengan semua pihak untuk memelihara perpaduan dan menghindari segala bentuk perpecahan. Bersama-sama Gagasan Sejahtera, Muafakat Nasional, Agensi Kerajaan, NGO serta Komuniti Masyarakat Setempat untuk menjayakan matlamat perpaduan yang diharapkan.

Oleh itu marilah kita menyambut Tahun Baru 2020 dengan iringan doa yang ikhlas dan azam yang padu untuk melihat keharmonian dan kemakmuran di Malaysia terus terpelihara. Hentikan program-program sambutan yang melalaikan dan tidak memberi impak positif ke arah pembangunan negara.

“ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN”

USTAZ ABDUL RANI BIN MOHAMED DAUD
Yang DiPertua PAS Kawasan Wangsa Maju

PERUTUSAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN WANGSA MAJU