Home Artikel PAS Wilayah

Salam Tahun Baru 2020

551
SHARE

SALAM TAHUN BARU 2020

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran serta kesabaran.” (Al-Asr: 1 – 3)

Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2020 buat seluruh rakyat Malaysia dan warga Wilayah Persekutuan khasnya.

Menjelang tahun baru merupakan masa terbaik untuk bermuhasabah tentang kehidupan kita yang telah berlalu.

Jadikan pengalaman lalu sebagai iktibardan pedoman untuk melangkah ke tahun baru dengan lebih berani.

Ayuh tingkatkan keazaman untuk melakukan yang terbaik pada tahun 2020 ini.

Kita haruslah sentiasa memperkasakan diri dengan apa jua ilmu yang bermanfaat untuk kehidupan di masa akan datang.

Jadikanlah Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan dalam kehidupan agar segala urusan seharian dipandu dengan jalan agama.

Amalkan sikap profesionalisme, amanah dan berintegriti dalam urusan kerjaya serta hubungan sesama manusia.

Akhir kata, semoga tahun 2020 membuka lembaran baru yang lebih bermakna buat kita semua. InsyaAllah.

DEWAN MUSLIMAT PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”