Allah berfirman yang bermaksud :
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran serta kesabaran.” (Al-Asr: 1 – 3)
Tahun 2019 telah pun berlalu terlalu singkat buat kita seluruh rakyat di Malaysia. Alhamdulillah kita diberi nafas untuk meneruskan perjuangan hidup serta nikmat iman & islam pada tahun 2020 ini. Oleh itu, Rakyat Malaysia diharap mengambil pengajaran atas apa yang berlaku pada tahun sebelumnya dan memperbaiki kepada yang lebih baik untuk 2020 ini. Gunakan masa sebaik mungkin untuk berbakti kepada negara untuk memperbaiki keharmonian, perpaduan rakyat malaysia supaya malaysia dijauhi oleh anasir-anasir luar yang mengganggu kesejahteraan rakyat.
“PAS Bukit Bintang melihat, hanya Islam yang dapat menyatupadukan ummah demi keharmonian kehidupan sejagat”
Dengan kesempatan ini Pas Kawasan Bukit Bintang ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2020 kepada semua rakyat Malaysia khususnya Penduduk Parlimen Bukit Bintang.
“ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN”
#SelamatTahunBaru
#2020
#PasKawasanBukitBintang