Home Artikel PAS Wilayah

Perutusan Tahun Baru 2020 Lajnah Penerangan dan Media Baru PAS WP

231
SHARE

Pentadbiran yang baik pemacu pada kemajuan sesebuah negara.

Sempena tahun baru ini, PAS Wilayah Persekutuan menggesa agar pihak kerajaan hari ini tidak memandang enteng akan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat.

Bukan sedikit kesan ketidakstabilan politik di Malaysia. Pelabur-pelabur mula hilang keyakinan, harga barang asasi kian melambung, mata wang negara kian susut nilainya. Hingga kebajikan rakyat juga turut terganggu.

Tidak cukup dengan kebimbangan prestasi ekonomi negara kini, penglibatan pemipin-pemimpin negara dengan Dong Zong dan LTTE ibarat mencurah asid pada tangan yang luka.

Meski Islam tidak dianuti oleh semua rakyat Malaysia, tetapi kebaikan yang dibawa Islam adalah layak untuk dirasai oleh semua manusia tidak mengira agama dan bangsa.

Allah berfirman dalam Surah An-Nisa, Ayat 5,

“Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak  menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu  menetapkan dengan adil”.

Demikian di dalam Islam, manusia diseru untuk menjalankan amanah sebaiknya dan berlaku adil dalam bertindak. Nilai Islam inilah yang dibawa oleh PAS sehingga membuktikan PAS adalah satu-satunya Parti Politik bebas rasuah.

Semoga tahun 2020 ini lebih bermakna dengan urus tadbir negara yang lebih baik.
KHAIRUL ANUAR ABDUL MANAP
Ketua Penerangan PAS WP
31hb Disember 2019 11.15mlm