Home Artikel PAS Wilayah

Perutusan Tahun Baharu 2020 – PAS Bandar Tun Razak

705
SHARE

2019 telah melabuhkan tirai dengan 1001 pengajaran. Rakyat Malaysia harus mengambil iktibar daripada semua perkara yang telah berlaku dalam negara mahupun dunia luar khususnya berkaitan dengan hal ehwal umat Islam. 2020 adalah satu peluang baru untuk kita bersama-sama mengorak langkah dan bertindak menyelamatkan negara kita dari sebarang anasir-anasir luar yang ingin mengganggu gugat kedamaian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Allah berfirman yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka” – Surah Ar Ra’d : Ayat 11

PAS Kawasan Bandar Tun Razak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2020 kepada semua rakyat Malaysia khususnya Penduduk P124 Parlimen Bandar Tun Razak.

Seeru ‘ala barakatillah

#2020
#PasKawasanBandarTunRazak
#SelamatTahunBaru