Home Kenyataan Media PAS Selangor

Perutusan Sempena Hari Arafah Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor – Hari Arafah : Perbanyakkan Zikir, Doa Serta Istiqamah Menegakkan Agama-Nya

616
SHARE

Umat Islam yang terpilih menjalani ibadah haji setelah sekatan dan tapisan dibuat akibat pandemik COVID-19, kini sebahagiannya berada di Padang Arafah. Mereka mula bergerak pada hari “Tarwiyah” pada 8 Zulhijjah menuju ke Arafah. Ketika berada di Arafah pada 9 Zulhijjah, doa dan zikir menjadi amalan keutamaan sehingga bermula perkiraan ibadah wukuf di Arafah saat tergelincir matahari.

Nabi SAW bersabda : Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah :

“لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”.

Maksudnya : “Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.” Hadis diriwayatkan oleh Imam Al-Tirmizi.

Berdiam diri di padang Arafah saat perlaksanaan ibadah wukuf adalah menjadi salah satu cara mengingatkan umat Islam tentang keadaan saat dibangkitkan pada hari akhirat kelak. Manusia dihimpunkan pada hari mahsyar atau disebut juga sebagai “Padang Mahsyar” untuk dihisap segala amalan sepanjang hidup di dunia. Bezanya saat himpunan Arafah, kita masih mampu berdoa mohon keampunan kepada Allah dan memperbanyakkan zikir seperti yang dianjurkan oleh Nabi SAW. Namun himpunan di Mahsyar, hanya bergantung pada amalan yang dibawa.

Semoga kita dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi hamba-Nya yang senantiasa bermuhasabah diri, memperbaiki diri serta terus kekal istiqamah di atas perjuangan menegakkan agama-Nya.

Us Syarhan Humaizi Halim
Ketua Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

9 Zulhijjah 1441H | 30 Julai 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan