Home Berita PAS Terengganu

Perutusan Ramadhan 1439H YAB Menteri Besar Terengganu

1232
SHARE

PERUTUSAN RAMADHAN 1439H
YAB MENTERI BESAR TERENGGANU

Syukur Alhamdulillah dan segala puji hanya bagi Allah, kita masih dipanjangkan usia untuk bertemu dengan Ramadan tahun ini. Bulan rahmat, bulan keampunan dan bulan tarbiah untuk mendekatkan hubungan dengan Allah S.W.T.

Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (183)

“Wahai orang-orang beriman! DIwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (Surah Al-Baqarah: 183)

Tujuan Allah mensyariatkan puasa supaya hamba-Nya memperoleh martabat taqwa. Melakukan amalan yang baik dan meninggalkan larangan-Nya. Taqwa tidak akan diperoleh melainkan dengan mujahadah dan bersusah payah mengekang nafsu.

Saya mengajak diri saya, kaum keluarga dan rakyat Terengganu serta seluruh umat Islam, marilah kita merebut peluang Ramadan tahun ini dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran, berzikir, Solat Terawih dan berbuat baik sesama manusia. Jauhi sifat-sifat yang lalai, buang masa, melakukan adu domba dan fitnah.

Mudah-mudahan dengan amal soleh dan doa yang ditadah oleh rakyat Terengganu di bulan mulia ini, negeri kita dilimpahi berkat, rezeki dan kemakmuran.

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak!

“Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera”

YAB DR. AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Menteri Besar Terengganu