Home Berita PAS Perak

PAS BUKIT GANTANG RAI PETUGAS PILIHANRAYA

891
SHARE

Oleh : Ez

BUKIT GANTANG , 13 MEI : PAS Bukit Gantang tampil ‘meraikan’ petugas pilihanraya yang bertungkus lumus bersama menghadapi PRU14 baru-baru ini bertempat di Dataran Surau Sungai Petai pada 13 Mei yang lalu.

Program itu bertujuan memberikan semangat kepada petugas pilihanraya PAS yang bekerja keras siang dan malam menghadapi PRU14 walaupun PRU14 baru beberapa hari berakhir.


YDP PAS Bukit Gantang, Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman , berkata dua ekor lembu dan seekor kerbau berjaya ditumbangkan semata-mata meraikan petugas pas dengan kehadiran hampir 3000 tetamu.


Walaupun kita kalah dalam pilihanraya baru-baru ini , ini bukan penamat bagi PAS Bukit Gantang meneruskan khidmat untuk masyarakt di sini.


Program ini turut dihadiri oleh Naib Presiden PAS , Ustaz Idris Ahmad , Mantan Calon DUN Kuala Sepetang , Tuan Haji Rahim Ismail , pimpinan PAS Kawasan ,pemuda serta muslimat.

? Media Rasmi kami :
? www.pas.org.my/negeriperak
? perak@pas.org.my

❤ Like | Share | Follow us:
? facebook.com/pasperak/
? facebook.com/perakyoptv/
? instagram.com/pasperak
? youtube.com/channel/yoperaktv