Home Kenyataaan Media PAS Perak

Perutusan Ramadhan 1438H : Tarbiyyah Ramadhan Membentuk Jatidiri Kekuatan Pejuang Islam

652
SHARE

PERUTUSAN PESURUHJAYA PAS PERAK KHAS SEMPENA RAMADHAN 1438H

Tarbiyyah Ramadhan Membentuk Jatidiri Kekuatan Pejuang Islam


Seluruh Badan Perhubungan PAS Negeri Perak mengucapkan kepada seluruh ahli-ahli PAS dan seluruh kaum muslimin selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Lembaran sirah telah membuktikan kepada kita biarpun berada dalam keadaan lapar dan dahaga namun ia bukan alasan untuk kita tidak meneruskan usaha menyampaikan Islam kepada masyarakat.

Beberapa peristiwa agung berlaku dalam bulan Ramadhan maka kita yang diberikan peluang bertemu dengan Ramadhan pada kali ini jangan biarkan ia berlalu tanpa diisi dengan amalan serta gerak kerja demi kemenangan Islam.

Sepertimana disebutkan dalam Al-Quran berkaitan bulan Ramadhan bahkan turut diterangkan tentang peranan Al-Quran yang menjadi pegangan umat Islam untuk menilai antara perkara yang hak dan batil.

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur

[Surah Al-Baqarah 185]

Realiti kini, Islam semakin dihina bahkan kelantangan menghina Islam itu datang daripada golongan yang hanya bertopengkan wajah Islam namun hakikat sebenar mereka mempunyai agenda menghancurkan Islam.

Al-Quran tidak lagi dijadikan rujukan tetapi ia dianggap kolot dan tidak relevan maka kedatangan Ramadhan tahun ini memberikan satu titik permulaan mengubah pemikiran masyarakat untuk mengamalkan Islam secara keseluruhan.

Justeru, pembentukkan jiwa pejuang agama yang dibentuk dengan kefahaman Islam tidak mudah terbugar hanya dengan mengejar kepentingan diri semata-mata sebaliknya ia berpegang dengan pasak kefahaman fikrah berlandaskan akidah perjuangan sebenar.

Kepada semua aktivis , penggerak, pimpinan PAS setiap peringkat pastikan Ramadhan kali ini tidak meranapkan semangat untuk mengatur gerak kerja parti bahkan lebih bersemangat sepertimana kekuatan ahli Badar menentang musuh sehingga berjaya mengibarkan panji Islam.

Sejahtera Bersama Islam
Membina Negara Sejahter
PAS Memimpin Perubahan

Haji Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Negeri Perak
27 Mei 2017M bersamaan 1 Ramadhan 1438H

{jathumbnail off}