Home Kenyataan Media PAS Selangor

Perutusan Ramadhan 1438H oleh Yb Tuan Hj Sallehen Bin Mukhyi Pesuruhjaya PAS Selangor

921 views
SHARE

 

Firman Allah Yang bermaksud :

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. “

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Ramadhan Kareem kepada seluruh umat Islam terutamanya di Negeri Selangor.

Mudah-mudahan Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terbaik dan terakhir dalam kehidupan kita.

Semoga Ramadhan kali ini benar2 memberikan keampunan dan keredhaan dari Allah terutama bagi seluruh ahli PAS dan seluruh umat Islam di Negeri Selangor. Inilah peluang untuk mempertingkatkan amal ibadat dan mengukuhkan hubungan kita dengan Allah SWT serta bermunajat kepada Allah demi kemenangan Islam.

Ramadhan kali ini juga adalah Ramadhan terakhir sebelum kita menghadapi pilihanraya.

Ayuh jadikan Ramadan yang diertikan sebagai bulan jihad dan pengorbanan serta terus mencairkan sifat kesombongan dan kejahilan kita bagi mengukuhkan Jemaah kita di dunia dan diri kita di akhirat nanti.

Semoga Allah menerima dan menggolongkan kita dikalangan hambanya yg bertaqwa.

“Sejahtera Bersama Islam”

1 Ramadhan 1438 H

Yb Tuan Hj Sallehen Bin Mukhyi

Pesuruhjaya PAS Selangor