PERUTUSAN PESURUHJAYA PAS PERAK SEMPENA RAMADHAN 1441H
Tarbiyyah Ramadhan Membentuk Jatidiri Kekuatan Pejuang Islam
Saya mewakili semua kepimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Perak mengucapkan kepada seluruh kaum muslimin selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.
Lembaran sirah telah membuktikan kepada kita biarpun berada dalam keadaan lapar dan dahaga namun ia bukan alasan untuk kita tidak meneruskan usaha menyampaikan Islam kepada masyarakat.
Beberapa peristiwa agung berlaku dalam bulan Ramadhan maka kita yang diberikan peluang bertemu dengan Ramadhan pada kali ini jangan biarkan ia berlalu tanpa diisi dengan amalan serta gerak kerja demi kemenangan Islam.
Sepertimana disebutkan dalam Al-Quran berkaitan bulan Ramadhan bahkan turut diterangkan tentang peranan Al-Quran yang menjadi pegangan umat Islam untuk menilai antara perkara yang hak dan batil.
Justeru, pembentukkan jiwa pejuang agama yang dibentuk dengan kefahaman Islam tidak mudah terbugar hanya dengan mengejar kepentingan diri semata-mata sebaliknya ia berpegang dengan pasak kefahaman fikrah berlandaskan akidah perjuangan sebenar.
Kepada semua aktivis , penggerak, pimpinan PAS setiap peringkat pastikan Ramadhan kali ini tidak meranapkan semangat untuk mengatur gerak kerja parti bahkan lebih bersemangat sepertimana kekuatan ahli Badar menentang musuh sehingga berjaya mengibarkan panji Islam.
Semoga kedatangan ramadhan tahun ini memberikan satu titik permulaan mengubah pemikiran masyarakat untuk mengamalkan Islam secara keseluruhan.
” Islam Memimpin Perpaduan “
YB Tn Haji Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Negeri Perak
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2953069144758467&id=117086798356730