Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

Perutusan Khas : Bangkitlah Perwira Negara dan Pengundi Awal

910
SHARE

Perutusan Khas
BANGKITLAH PERWIRA NEGARA DAN PENGUNDI AWAL


Oleh : Mejar Abdul Halim Abu Bakar (Bersara)

Bekas Pegawai Agama, Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT)
Calon PAS bagi Parlimen P133 dan DUN N34 Gemas.

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera. Esok 5 Mei 2018, para perwira negara akan mengundi untuk masa depan negara. Kita sedar PAS tidak dibenarkan berkempen dalam kem-kem tentera sedangkan parti di sebelah sana bebas berkempen dengan pelbagai cara. Itulah cara demokrasi yang ada dalam negara kita.

Kepada perwira negara, jalankanlah tanggungjawab tanpa rasa takut & gentar. Anda lebih tahu keadaan di dalam sana. Anda juga tahu keadaan di luar sini. Kita bukan lagi berhadapan dengan musuh yang bersenjata tapi orang kita sendiri yang merosakkan negara!

Tanpa KORUPSI, negara akan sejahtera, maju berdaulat dan merdeka.

PAS amat faham dengan keadaan sebenar anggota tentera. Oleh kerana itu, PAS telah mencalonkan 22 veteran tentera ke Parlimen dan DUN. Mereka ini lebih faham dgn keadaan anggota tentera akan menjadi suara anggota tentera dan veteran tentera untuk membela nasib mereka. Bukan ahli-ahli politik yang hanya mempergunakan anggota tentera.

InsyaAllah bersama PAS mari kita bina Angkatan Tentera sehebat Tentera Al-Fateh, digeruni lawan, disayangi kawan. PRU14 adalah medan untuk menentukan kerajaan, bukan menentang kerajaan. Ayuh perwira negara, selamatkan negara dengan undi anda. Mereka beri wang kita ambil tapi undi tetap PAS.  Undi anda RAHSIA. Undilah PAS.

Ingatlah Ikrar Kesatria kita yang pertama; “Beriman Kepada Tuhan dan Bertakwa Kepadanya”

“Tidak takut dan tidak gentar, sesungguhnya Allah bersama kita….”

Yang Ikhlas,
Mejar (B) Ustaz Abdul Halim Abu Bakar
Calon PAS
P133 Tampin
N34 Gemas

Sekian, undi anda adalah untuk anak cucu kita masa hadapan.
Terima kasih.