Home Artikel PAS Perak

Perutusan Aidil Adha 1440H | PAS Perak

32 views
SHARE

-PERUTUSAN AIDIL ADHA 1440-H PAS PERAK-

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekalian alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda serta sekalian mereka yang beriman dan beramal soleh.

Saya mewakili seluruh kepimpinan PAS Perak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1440-H buat seluruh umat islam walau dimana kita semua berada,

Marilah kita menghayati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim As dan anaknya Nabi Ismail AS serta isterinya Hajar. Bagaimana pengorbanan yang mereka tunjukan kerana patuhnya kepada perintah Allah SWT. Sifat ini wajib diikuti oleh seluruh umat Islam yang ingin mencapai darjat ketaqwaan disisi Allah SWT.

Kepatuhan dan ketaatan kepada Allah SWT meskipun ianya amat berat bagi hati dan jasad untuk melakukannya, namun pengorbanan tersebut tidak akan disia-siakan oleh Allah SWT, semakin berat ujian yang mampu dilepasi maka semakin tinggi darjatnya disisi Allah SWT.

Begitulah perjuangan yang sedang kita lalui dibumi Malaysia ini, PAS telahpun lama berada di medan perjuangan tanah air, dengan satu tujuan iaitu berjuang bagi menegakkan agama Allah SWT. Pastinya ia tidak sunyi dari ujian dan cabaran. Perjuangan PAS tidak pernah mendapat laluan mudah untuk sampai kepada matlamat perjuangannya.

InsyaAllah berkat pengorbanan tenaga, harta dan jiwa disertai dengan strategi yang mantap dan kepatuhan serta wala’ kepada pucuk kepimpinan, cita-cita mulia kita untuk melihat kemenangan Islam di negara ini akan menjadi kenyataan.

Akhirnya sekali lagi saya mewakili seluruh kepimpinan dan ahli PAS Perak mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidil Adha 1440-H buat seluruh Umat Islam di Malaysia dan seluruhnya.

YB HAJI RAZMAN ZAKARIA
[PESURUHJAYA PAS PERAK]