Home Berita PAS Wilayah

Perutusan Hari Pekerja Calon P119 Titiwangsa

964
SHARE

Bismillahirrahmanirrahim

1. Sempena Hari Pekerja pada 1 Mei 2018 ini, saya Hj Mohamad Noor Mohamad, calon PAS di P119- Titiwangsa mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya di Wilayah Persekutuan.

2. Sungguh, di bumi Wilayah Persekutuan inilah kita bersama-sama menuai jasa bakti bagi membangunkan sebuah negeri yang menjadi mercu tanda kemegahan rakyat Malaysia.

3. Dalam merentasi kehidupan di ibu kota yang semakin mencabar, sudah tentu warga Wilayah Persekutuan merasa terbeban dengan pelbagai tekanan hidup.

4. Daripada kenaikan kos hidup yang semakin tinggi, krisis pekerjaan yang serius, gejala sosial yang meningkat, jenayah yang menjadi-jadi, kegiatan ekonomi yang menguncup, masalah trafik yang tidak selesai dan pelbagai lagi masalah yang menimpa.

5. Sesungguhnya, warga Wilayah Persekutuan amat mengharapkan pembelaan dari kerajaan yang menunjangi negara ini.

6. PAS tampil bersama Gagasan sejahtera membawakan kepada rakyat model sebuah negara sejahtera melalui Dokumen Hijau, Budaya Politik Matang dan Sejahtera, Wawasan Induk Negara Sejahtera serta terbaru Dokumen Sejahtera.

7. Ini merupakan penyelesaian yang PAS bawakan terhadap sektor ekonomi, urustadbir, pendidikan, kesihatan, sains dan teknologi, alam sekitar, sosiobudaya, pertanian, prasarana serta keselamatan dan pertahanan.

8. PAS komited membanteras isu kebejatan ekonomi yang membelenggu rakyat, salahguna kuasa dan rasuah serta pelbagai lagi kebobrokan oleh pihak kerajaan Barisan Nasional.

9. PAS bersama Gagasan Sejahtera bersedia menjadi sebuah kerajaan demi membina Malaysia yang sejahtera jika diberi mandat oleh rakyat kelak.

10. Akhirnya, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia, khususnya di Wilayah Persekutuan dan Parlimen Titiwangsa agar buatlah pilihan yang tepat dengan memberi undi kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada PRU kali ini.

“Selamat Hari Pekerja”

‘Pekerja Berkemahiran, Peneraju Kecemerlangan Negara’

Ikhlas daripada,
HJ MOHAMAD NOOR BIN MOHAMAD
Calon PAS P119- Parlimen Titiwangsa

#TitiwangsaSejahteraBersamaIslam
#YaAllahMenangkanlahPAS
#UP