Home Berita PAS Terengganu

Gerak Gempur Parlimen Dungun Bersama Ustaz Wan Hassan

1431
SHARE

Cuaca mendung yang bertukar kepada hujan rintik-rintik di akhir program tidak menghalang aktiviti calon bersama pemuda dan Ameerah di taman permainan hadapan Imtiyaz Dungun.

Ustaz Wan Hassan bersama-sama isteri turun menyantuni pengunjung yang membawa anak-anak mengisi waktu petang dengan bermain dan berehat di taman ini.

Edaran risalah manifesto beserta belon Undilah PAS menarik perhatian anak-anak dan ibubapa yang kebanyakannya memang sudah mengenali Ustaz Wan Hassan sebagai Ahli Parlimen Dungun sebelum ini.

Ustaz sempat menyampaikan ucapan sambil membentangkan manifesto Gagasan Sejahtera yang menumpukan kepada pembinaan Malaysia Sejahtera.

Manifesto yang dikeluatrkan mengikut 12 kelompok masyarakat iaitu;
1) Wanita Sejahtera
2) OKU
3) Anak Muda
4) Petani Penternak Nelayan
5) Peneroka Felda
6)Penjawat Awam
7)Pekerja Swasta
8) Warga Emas dan Pesara
9) Orang Asal
10) Usahawan
11) Korporat
12) Prihatin Alam Sekitar

Terdapat 9 teras pembentukan Malaysia Sejahtera dan antara yang disebutkan tadi ialah penambahan pendapatan & peluang baru rakyat. Sekiranya PAS diberikan mandat memerintah negara, PAS akan memberikan peluang sama rata kepada semua rakyat dan menghapuskan pengkronian serta kleptokrasi wang diamalkan sekarang.

Dengan ini, hasil kekayaan negara tidak hanya berlegar di kalangan ahli keluarga pemimpin dan juga kepada negara luar yang semakin menimbulkan kebimbangan sekarang seolah-olah negara ini milik kuasa luar.

Malah, ketelusan dan integriti PAS telah terbukti hari ini apabila memenangi saman terhadap Sarawak Report yang menuduh PAS mendapat 90 juta dari UMNO.

PAS serius dan komited untuk mewujudkan Malaysia Sejahtera insyaAllah.

 

#GE14
#PRU14
#MalaysiaSejahtera
#YaAllahMenangkanPAS