Home Artikel PAS Sabah

PERUTUSAN HARI MALAYSIA YDP PAS SANDAKAN.

150
SHARE

“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat”, Surah An-Nasr, Ayat 1-3

16 September merupakan Hari Malaysia di mana tarikh termetrainya pembentukan Malaysia di dalam perjanjian persekutuan, Perjanjian 1963.

Hak-hak rakyat bagi Sabah dan Sarawak yang termaktub dalam perjanjian ini harus dihormati dan diberikan kepada rakyat.

PAS menentang keras sebarang anasir dalam usaha memecahbelahkan perpaduan dan kesatuan rakyat di negara ini.

Sehubungan dengan itu, sempena Pilihanraya Negeri Sabah Kali ke-16 PAS menyeru untuk memilih calon yang dapat menjamin kesatuan rakyat Sabah.

PAS sentiasa meletakkan perpaduan rakyat sebagai keutamaan sekaligus bermuafakat menjaga keamanan serta keharmonian negara kita tercinta iaitu Negara Malaysia.

Akhir kalam, mewakili saff kepimpinan PAS Kawasan Sandakan, saya mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh Rakyat Malaysia khususnya Warga Sandakan.

Sekian, terima kasih.

ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN

Tulus Ikhlas,
SAHAR ABDUL MAJID,
Yang Dipertua PAS Sandakan,
Merangkap Timbalan Pesuruhjaya I
PAS Negeri Sabah.