SELAMAT HARI GURU
Profesion perguruan adalah suatu pekerjaan yang mulia. Ianya diperkukuhkan lagi dengan hadis Nabi :
“Seseungguhnya Allah dan malaikat, penghuni langit serta bumi sehinggakan semut yang berada di dalam lubangnya dan ikan-ikan (di lautan) berselawat ke atas guru yang mengajar kebaikan kepada manusia.”
Berbanggalah wahai para guru! kerana dipilih memikul tanggungjawab yang mulia ini.
Namun, cabaran mendidik para pelajar zaman ini sangat mencabar kewibawaan para guru. Ianya tidak akan tertanggung melainkan adanya kekuatan semangat dan kesabaran yang tinggi.
Cabaran para guru hari ini bukan sahaja berhadapan dengan isu disiplin para pelajar malah mereka juga dibebani dengan tugasan kerja yang banyak yang sedia maklum. Namun begitu, dalam mendepani realiti dunia tanpa sempadan, para guru hendaklah membuat anjakan paradigma guna membina generasi yang cemerlang dimasa akan datang. Para ibubapa, masyarakat, pemimpin masyarakat serta pemimpin negara juga mesti memainkan peranan masing2 dalam usaha memacu pendidikan abad ke-21.
Walaupun dihujani dengan bebanan dan tekanan serta tohmahan, tidak mematahkan semangat para guru untuk mendidik anak bangsa demi melihat kelangsungan generasi ini berjaya didunia dan diakhirat. Benarlah kata pujangga, para guru diibaratkan membakar diri untuk menyinari orang lain.Suatu ungkapan yang jelas menggambarkan betapa besarnya peranan mereka dalam masyarakat.
Terima kasih segalanya diatas jasa dan bakti para guru. Sempena menyambut hari yang penuh bermakna ini diucapkan kepada para guru SELAMAT HARI GURU.
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
MARA MENUJU CITA
USTAZ NIK RAZIF B. NIK ABDUL RAHIM
Naib Ketua Pemuda,
Pengerusi Lajnah Pendidikan
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang