Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

Perutusan Eid Al-Adha Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

94 views
SHARE

PERUTUSAN EID AL-ADHA KETUA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT

Segala puji bagi Allah SWT yang masih lagi memberikan kita nikmat untuk terus mengecapi kehidupan pada bulan Zulhijjah ini yang merupakan salah satu dari empat bulan haram dan bulan mengerjakan ibadah Haji. Kebesaran bulan Zulhijjah adalah bermula dari awalnya lagi kerana dinyatakan oleh Allah menerusi surah al-Fajr pada ayat ke-2 dan ke-3 yang tafsirkan oleh para mufassirin bahawa ia merujuk kepada 10 hari awal bulan Zulhijjah.

Selain itu, hari Arafah pada 9 Zulhijjah merupakan hari penting lagi bersejarah kerana padanya diturunkan wahyu yang telah menyempurnakan syariat Islam secara keseluruhannya. Sebagaimana firman Allah SWT:

{الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا}

Maksudnya: “Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah Ku cukupkan nikmat-Ku atas kamu, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagi kamu.” [al-Maidah: 3]

Mengenai ayat di atas, Sayyiduna Umar al-Khattab berkata: “Kami telah mengetahui hari dan tempat di mana ayat tersebut diturunkan kepada Nabi SAW. Saat itu Baginda SAW berdiri di padang Arafah pada hari Jumaat.” [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Sempena 10 Zulhijjah yang dianugerahkan Eid al-Adha yang akan kita sambut esok, marilah kita mengambil pengajaran melalui ibadah sembelihan haiwan korban. Antara pengajaran besar daripada kisah Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail, ternyata seorang bapa yang taat kepada perintah Allah sehingga mengatasi kecintaan sesama makhluk. Begitu juga kesabaran yang tinggi seorang anak bagi menjayakan pelaksanaan perintah Allah walaupun sukar diterima mengikut emosi seorang manusia. Inilah kemuncak yang ingin dicapai hasil daripada penyertaan ibadah korban iaitu ketaqwaan. Ini kerana, yang dipersembahkan kepada Allah adalah ketaqwaan kita dan bukannya daging-daging atau limpahan darah sembelihan.

Firman Allah SWT:

{لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنْكُمْ ۚ …}

Maksudnya: “Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu.” [al-Hajj: 37]

Saya beserta seluruh saf kepimpinan Dewan Ulamak PAS Pusat mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Eid al-Adha, semoga Allah menerima segala amalan kita. Maaf zahir dan batin.

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ… كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ

“Sejahtera Bersama Islam”

“Membina Negara Sejahtera”

USTAZ DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED
Ketua
Dewan Ulamak PAS Pusat

9 Zulhijjah 1439 / 21 Ogos 2018

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1952621694802669&id=112140085517515

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
💚 Media Rasmi DUPP:
🌐 ulamak.pas.org.my
📧 ulamak@pas.org.my

💚 [Follow] [Like] [Comment] [Share]
🤳🏻 facebook.com/dewanulamakpas
🤳🏻 twitter.com/dewanulamakpas
🤳🏻 instagram.com/dewanulamakpas
🤳🏻 telegram.me/dewanulamakpas