Home Artikel PAS Terengganu

Pertandingan bowling rapatkan ukhuwah anak muda

82 views
SHARE

MARANG: Pertandingan Bowling Anjuran Ameerah UPU Rusila yang diadakan di Terengganu Equesterian Resort (TER) pada hari ini, 4 Mac 2018 telah merapatkan ukhuwah anak muda wanita di sini.

Menurut Ketua Muslimat UPU Rusila, Shamsiah Mukhtar, “Program bowling pada hari ini diadakan khusus kepada anak muda wanita sebagai usaha mendedahkan anak-anak muda wanita tentang Ameerah selain merapatkan ukhuwah sesama peserta”,

“Anak-anak muda hari ini beruntung. Ada pelbagai aktiviti-aktiviti menarik untuk disertai. Zaman kami dahulu, tidak ada kemudahan seperti sekarang. Kita ada peluang, manfaatkan.” terang beliau.

Shamsiah turut merakamkan ucapan tahniah kepada pihak penganjur, “Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli jawatankuasa Ameerah UPU Rusila yang telah bertungkus lumus membuat persiapan, menyediakan pengangkutan, cenderahati dan sebagainya bagi menjayakan program ini”,

“Saya juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang terlibat. Teruskan menyokong setiap program yang dianjurkan oleh Ameerah, dan pakat sertailah program-program akan datang.”harap beliau lagi.

Para peserta program Bowling Bersama Ameerah ini turut diberi penerangan berkaitan Ameerah oleh salah seorang ahli jawatankuasa Ameerah UPU Rusila, iaitu Sumaiyah Zakaria. Beliau yang merupakan Penolong Setiausaha Ameerah Terengganu telah menerangkan tentang sejarah, objektif dan peranan Ameerah kepada para peserta.

Program yang bermula pada jam 9.00 pagi itu berakhir pada jam 1.00 petang dengan makan tengah hari, sembang santai serta penyampaian hadiah kepada para pemenang.