Home Berita PAS Perak

Pertambahan ahli PAS Tambun makin rancak

0
SHARE

Oleh: Danisya Ismail

TAMBUN: Pertambahan ahli baharu PAS Kawasan Tambun yang semakin rancak hari demi hari menandakan PAS semakin mendapat tempat di hati masyarakat, demikian jelas Yang Dipertua PAS Tambun, Ustaz Salleh Said.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily di dalam sebuah program ziarah dan penyampaian sumbangan kepada asnaf dan penjaja kecil, di Taman Malar, Hulu Kinta di sini, baru-baru.

Katanya, ahli PAS sedia ada khususnya pimpinan parti hendaklah terus komited membudayakan politik matang dan sejahtera sekali gus mempamerkan akhlak terbaik sebagai contoh ikutan di kalangan masyarakat.

“Kita dapat lihat, dalam apa jua isu (khsususnya) berkaitan hal-hal agama, masyarakat akan tertumpu kepada PAS. Mereka akan terus mempersoalkan apa tindakan dan respon PAS.

“Hal ini jelas menunjukkan, (sebenarnya) PAS telah pun mendapat kepercayaan untuk terus membela isu-isu agama di negara kita ini. Ini satu signal yang amat besar untuk kita yakin bahawa PAS adalah parti pilihan rakyat,” terangnya.

Beliau yang juga merupakan Penyelia Pusat Khidmat PAS Dun Hulu Kinta turut menyeru semua ahli dan penggerak PAS agar terus cakna dengan hal-hal kebajikan penduduk setempat.

Kongsinya, peluang menjalankan aktiviti kebajikan tanpa mengira musim ini hendaklah dimanfaatkan sebaiknya bagi mengukuhkan jalinan silaturrahim ahli PAS dan penduduk setempat.

Turut hadir dalam program itu, Timbalan Yang Dipertua PAS Tambun, Ustaz Mohd Aidil Abdul Aziz, Ketua Dewan Muslimat PAS Tambun, Yusmaliza Yusoff dan Ahli Jawatankuasa Pusat Khidmat PAS Dun Hulu Kinta.