Home Artikel PAS Perak

Perpaduan Terus Diperkukuh Dalam Bulan Ramadan | PAS Tapah

165
SHARE

Perpaduan terus diperkukuh dalam bulan Ramadan
Oleh : Azalina S

TAPAH, Semangat kerjasama dalam berbuat kebaikan mesti diteruskan melalui pelbagai usaha dalam mengeratkan ukhuwah silaturrahim khususnya sesama Muslim.

Ketua Muslimat PAS Kawasan Tapah, Azalinda Ismail berkata demikian ketika ditemui semasa program memasak bubur lambuk anjuran bersama Dewan Muslimat PAS Kawasan dan Srikandi Bersatu Bahagian Tapah disini semalam.

Srikandi Bersatu Bahagian Tapah diketuai Timbalan Ketuanya, Anizad Abd Wahab melahirkan rasa syukur dan berharap penyatuan yang telah terbina dapat diperkukuh lagi melalui pelbagai aktiviti bersama selepas ini.

“Kita (Perikatan Nasional) bersama hidupkan Ramadan kali ini dengan menjayakan permulaan aktiviti secara bergotong royong menyediakan bubur lambuk yang sinonim dengan masyarakat kita.

“Berkongsi resepi warisan keluarga masing-masing dan saling membantu menyempurnakan tugasan menjadi bukti komitmen perpaduan Ramadan,” ujar Azalinda lagi.

Program yang berlangsung meriah di Kampung Haji Dahlan, Sungai Lesong, Temoh melibatkan lebih 50 orang petugas dan kemudiannya diagihkan oleh Jabatan Amal Malaysia dan Armada ke rumah-rumah sekitar DUN Ayer Kuning.

Turut hadir menjayakan program Ketua Bahagian Bersatu Bahagian Tapah, Mejar (PA) Mhod Yunus Mhd Yusof dan pimpinan PAS Kawasan dan Bersatu Bahagian Tapah.