PERMASALAHAN BANJIR DAN KEKURANGAN AIR PETANI KERIAN DIPERBINCANGKAN
Bagan Serai – 17 Jul 2020, 3.15 pm
Kunjungan YB Tuan Hj Razman Zakaria, Exco Kanan Negeri Perak yang juga ADUN Gunong Semanggol ke pejabat JPS Kerian membincangkan bagaimana permasalahan rakyat terutama golongan pesawah yang sering kekurangan air dan dilanda pula banjir pada musim hujan boleh diselesaikan.
Perbincangan ini lebih menjurus kepada penyelesaian jangka panjang yang akan melibatkan cadangan permohonan peruntukan yang tinggi dalam perancangan lima tahun daerah Kerian dalam Rancangan Malaysia Ke 12.
Menurut En Amphai, Jurutera Daerah JPS Kerian, rancangan tersebut merupakan kaedah terbaik memastikan masalah banjir dan kekurangan air dapat diatasi.
Bagi pihak YB pula, Tuan Haji Razman berjanji akan berusaha sedaya mungkin memastikan cadangan peruntukan dapat direalisasikan dan akhirnya, perlaksanaannya akan memberikan natijah yang baik kepada rakyat.