DPPM konsisten untuk menyatukan walaupun musuh komsisten untuk memisahkan.
Siapa yang masih sengaja tidak mahu memahami kekuatan itu hanya wujud dengan adanya kesatuan. Islam adalah agama yang sering menyeru manusia kepada kesatuan.
Kami pemuda PAS konsisten dengan seruan ISLAM – mengajak kepada penyatuan semua kaum yang terasnya adalah Melayu Islam. Segala perbezaan cabang tidak sepatutnya menjadi penghalang penyatuan ini. Selagi ianya untuk kebaikan dan kesejahteraan umat, Islam lah yang terkedepan memastikan penyatuan itu dapat dijayakan.
Hari ini, kami melangkah setapak lagi dalam menyeru semua umat Islam untuk bersatu. Usaha penyatuan yang bermula dari langkah2 kecil ini in shaa Allah akan menjadi besar. Inilah Islam, menyambung bukan memutus, menyelesai bukan menambah beban.
Kami menyeru seluruh pemuda yang cintakan keamanan dan kedamaian untuk menyambut penyatuan ini. Kemenangan berada didepan kita, abaikan proksi perpecahan yang sentiasa menanam benih2 kebencian. KITA PASTI MENANG.
Ustaz Aireroshairi Roslan
Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Pahang
JomVaksin
PemudaPAS
MemimpinNegara
https://www.facebook.com/210212482508598/posts/1560254650837701/?d=n