Home Artikel PAS Perlis

Tindakan Pantas PKWR, SAP Legakan Penduduk

288
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

ARAU: Para penduduk yang tinggal di beberapa buah kawasan di sekitar Sanglang dan Guar Sanji dekat sini yang terjejas akibat gangguan bekalan air, menarik nafas lega apabila bekalan air mula disalurkan ke kawasan mereka.

Difahamkan, sejak tengah hari semalam, kerja-kerja membekalkan air ke kawasan-kawasan yang terlibat mula digerakkan oleh Syarikat Bekalan Air Perlis (SAP) dengan dibantu para petugas daripada Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Sanglang dan DUN Guar Sanji.

Di Sanglang, sebanyak tiga buah lori dan dua buah trak pickup telah dihantar oleh PKWR DUN berkenaan untuk membantu pihak SAP mengagihkan bekalan air.

ADUN Sanglang Mohd. Shukri Ramli yang dihubungi berkata, pihaknya bersyukur kerana masalah bekalan air berjaya diselesaikan sepenuhnya menjelang malam tadi.

“Alhamdulillah, hasil usaha gigih serta kerjasama pelbagai pihak, para penduduk yang terjejas telah mula menerima bekalan air.

“Bagi pihak para penduduk yang terlibat, terima kasih saya ucapkan kepada Syarikat Air Perlis (SAP) yang telah bertungkus lumus menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Sementara itu di Guar Sanji, sebanyak tiga buah lori telah digerakkan oleh PKWR DUN Guar Sanji untuk membantu kerja-kerja mengagihkan bekalan air kepada para penduduk kampung di Pida 2 Sekerat, Semut Gatal, Behor Mentalon, Chemumar dan Permatang Serdang.