Home Berita PAS Sabah

Perkukuhkan dana dan ekonomi Islam

57
SHARE

Oleh: Mimi Hazwa H.M.S
10 Jun 2024

PAPAR: Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah (DMPNS) perlu lebih fokus perkukuh dana dan ekonomi di setiap peringkat dewan muslimat cawangan, kawasan mahupun negeri melalui ucapan penangguhan Muktamar Tahunan kali ke- 34 yang disampaikan oleh Noorsafina Abd Yasin dari DMPK Tawau mewakili DUN Tanjung Batu di sini, kelmarin.

Menurutnya, kepentingan ekonomi sebagai dakwah merupakan sunnah yang perlu diberi nafas baru dan diterjemahkan dalam bentuk yang lebih berhikmah dan strategik khususnya di negeri Sabah.

“Usaha jangka pendek antaranya memperhebat jualan berskala kecil seperti jualan produk berjenama muslimat seperti kerepek dan lain-lain, disamping menggalakkan ahli turut serta berjualan produk yang dihasilkan muslimat itu sendiri.

“Infaq istiqamah harus lebih diperkasakan di semua peringkat dewan muslimat sebagai salah satu cara memperkukuhkan lagi ekonomi DMPNS.

Tambahnya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) merupakan antara usaha jangka masa panjang bagi menyuntik modal untuk kelancaran gerak kerja sekaligus membina hubungan baik dengan mana-mana pertubuhan yang berminat.

Menurutnya lagi, menceburi bidang berskala besar seperti projek ladang lembu dan mini market yang dijalankan di daerah Keningau antara contoh usaha yang dibuat oleh kawasan tersebut dalam menjamin pengukuhan dana ekonomi yang lebih kukuh dan berterusan serta menghadiri kursus berkaitan perniagaan bagi menjana ekonomi dan simpanan pelaburan jangka panjang.

Noorsafina turut memaklumkan, untuk mengukuhkan dana dan ekonomi merupakan cabaran yang harus dihadapi muslimat masa kini.

Kedudukan kewangan dalam sirah perjuangan Islam membuktikan ramai para sahabat yang bukan sahaja setia kepada perjuangan Islam, tetapi juga sanggup mengorbankan harta dan nyawa untuk kelestarian gerak kerja.