Home Berita PAS Pulau Pinang

Perkukuh ummah melalui zikir munajat

101
SHARE

Oleh: Aishah Nur

PERMATANG PAUH, 9 OGOS – Program Zikir Munajat & Bacaan Yassin secara maya anjuran Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang sempena Maal hijrah 1443, berjaya menghimpunkan seramai 176 wanita dari pelbagai latarbelakang di negeri ini.

Menurut Ketua Lajnah Tarbiyah, Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang Ustazah Annisa Yusof, Zikir Munajat & Bacaan Yassin ini berperanan menjadi pemangkin dalam menyatukan jiwa, memupuk perdamaian dan kerjasama dengan mengenepikan perselisihan bersesuaian dengan bulan Muharram yang merupakan salah satu bulan haram.

Program yang dimulai dengan Bacaan Yassin yang dipimpin Ustazah Siti Alawiyah Haron serta Munajat Akifi oleh Ustazah Dr Siti Mastura Muhammad turut di hadiri rakan-rakan wanita dari Umno dan Bersatu yang diketuai Datuk Norliza bt Abdul Rahim iaitu Ketua Wanita Umno Pulau Pinang dan Yuyunhani bt Mohd Yusof selaku Ketua Wanita Perikatan Nasional Pulau Pinang merangkap Ketua Wanita Bersatu Pulau Pinang.

Ketua Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang Ustazah Hasanah Idris dalam tazkirahnya menyifatkan tema Maal Hijrah 1443 kali ini iaitu Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti, merupakan satu saranan yang sangat bertepatan dimana melalui penghayatan Islam yang dimulai dengan Tarbiyyah Islamiyyah sehingga melahirkan sifat-sifat Rabbani yang mampu membentuk ummah berkualiti melalui tindakan dan perbuatan ‘amal makruh nahi mungkar’.

“Mari kita letakkan pergantungan kepada Allah setelah berusaha menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar agar perpaduan dan muafakat yang telah terjalin demi Islam dan kepentingan sejagat ini diperkukuh dan dipelihara, “ujarnya.

Beliau turut mengingatkan semua agar sentiasa berwaspada akan muslihat musuh-musuh Islam yang sentiasa menunggu peluang dan ruang untuk menggugat keharmonian ini.