Home Berita PAS Perlis

JPRD Simpang Empat sumbang kerusi roda

258
SHARE

Oleh NUR ‘IFFAH

ARAU, 12 Ogos: Seorang penduduk di Kampung Sungai Bugis, Simpang Empat, telah menerima sumbangan kerusi roda daripada Lajnah Kebajikan JPRD Simpang Empat di rumahnya dekat sini semalam.

Sesi penyerahan sumbangan tersebut kepada penerima yang mahu dikenali sebagai Khairunnisa, diketuai oleh Pengarah JPRD, Razali Saad.

Hadir sama, Ajk Muslimat PAS Kawasan Arau, Fatimah Ariffin serta wakil Pertubuhan Komuniti Prihatin Simpang Ampat (PRISA).

Menurut Razali, sumbangan kerusi roda itu merupakan sebahagian daripada program khidmat masyarakat JPRD Simpang Empat.

“Kami di JPRD sentiasa turun padang menyantuni masyarakat di sini dan dan menyampaikan bantuan kepada mereka yang susah.

“Sumbangan kerusi roda ini diharapkan dapat membantu memudahkan Khairunnisa untuk bergerak serta meringankan beban kehidupannya memandangkan beliau merupakan tulang belakang keluarganya,” katanya ketika dihubungi di sini.