Home Berita PAS Sabah

Perkukuh ukhwah dan tarbiyah PAS Cawangan Karamunting

523
SHARE

Oleh : Laila Ismail
28 Ogos 2020

BATU SAPI : PAS Batu Sapi dengan kerjasama PAS Cawangan Karamunting telah mengadakan majlis bacaan Yasin semalam di rumah Ketua Muslimat Cawangan Karamunting, Suzieyati Binti Nasib.

Program bacaan Yasin yang bermula seusai solat Maghrib ini dipimpin oleh AJK Lajnah Politik dan Pilihanraya, Khairul Yunus bermatlamat untuk memperkukuh silaturahim dan tarbiyah dikalangan ahli dan cawangan PAS Karamunting khasnya.

“Di dalam berhadapan suasana semasa yang tidak menentu, semestinya kita sangat risau akan kehidupan kita akan datang, maka jadikanlah hanya Allah sebagai tempat pergantungan pertama memohon pertolongan”, pesan Naib Yang Dipertua PAS Batu Sapi, Norsah Bongsu dalam pertemuan tersebut.

Beliau turut mengingatkan pada semua agar sentiasa saling membantu dan menziarah jiran tetangga yang lain sebagai tanda prihatin dan peka dengan persekitaran sekeling lebih-lebih lagi masih berada dalam suasana wabak dan kawalan pergerakan.

Di kesempatan ini juga, beliau menyeru agar semua Muslimat akar umbi untuk bersama-sama membaca doa rabithah setiap hari dan mengamalkan zikir harian agar ukhwah dan tarbiyah sentiasa terjaga.