Home Artikel PAS Perak

Perkuatkan Dan Bekerja Diposisi Masing-masing | YB Razman Zakaria

236
SHARE
BAGAN SERAI – Usrah bermaksud keluarga atau dari segi istilah merupakan suatu kelompok yang beriman dan berusaha tolong menolong sesama sendiri untuk memahami dan menghayati Islam.
Di antara tujuan usrah adalah untuk menimbulkan perasaan tanggungjawab terhadap ajaran islam secara peribadi dan jemaah disamping berazam dan bercita-cita dengan tindakan mendakwahkannya sebagai satu sistem hidup dalam keluarga masyarakat dan negara.
Justeru sebagai individu atau ahli di dalam jemaah Parti Islam se-malaysia (PAS) sudah Seharusnya perkara ini menjadi satu tunjang kefahaman yang kuat di dalam diri masing-masing sebagai suatu benteng mewujudkan gerakan Islam yang istiqamah dengan matlamat yang ingin dicapai.
Demikian tegas Pesuruhjaya PAS Perak yang juga ADUN Gunung Semanggol Tuan Haji Razman Zakaria dalam intipati ucapannya ketika berucap sebagai Naqib jemputan dalam program usrah PAS Parit Haji amin yang diadakan di markas cawangan tersebut.
Beliau juga turut menekankan peri pentingnya setiap ahli memantapkan dan menguatkan serta bekerja di posisi masing-masing demi merealisasikan hasrat yang ingin dicapai.
“Kuatkan posisi masing-masing. Kerja di posisi masing-masing. Yang tukang pacak bendera, dia buat kerja dia.
“Yang jadi pemimpin di peringkat cawangan dia buat kerja dia, urus cawangan dia. Yang di peringkat kawasan pun macam tu juga, tambahnya lagi.
Beliau turut memetik firman Allah dalam Al-Quran surah As-Saff ayat 4 yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh” sebagai kesimpulan yang menjelaskan perlunya susun atur posisi dan strategi dalam menjayakan matlamat khususnya perjuangan Islam yang ingin dimartabatkan oleh parti.
Turut hadir dalam majlis usrah tersebut Yang Dipertua pas kawasan Bagan Serai merangkap ketua cawangan Tuan Haji Aziz Majid.