Home Berita PAS Selangor

Perkongsian pencarian dana – DMPN Selangor

110
SHARE

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

PETALING JAYA, 25 September – Satu perkongsian pencarian dana telah dianjurkan oleh Srikandi Bersatu Selangor dengan menjemput Timbalan Ketua Muslimat PAS Selangor, Puan Noraini Hussin ke majlis tersebut di Pejabat Bersatu pada pagi tadi.

Program tersebut bertujuan bagi memberi input dan perkongsian berkenaan mencari dan menjana dana kewangan. Turut hadir adalah dua orang AJK DMPNS, iaitu Pn Hjh Norliza Namin dan saudari Nur Syahirah Mohd Noor.

Semoga segala urusan dalam perkongsian idea berkenaan mencari dan menjana dana kewangan dapat dipermudahkan dan juga semoga ukhuwah atau jalinan ini dapat berkekalan sehingga mencapai kemenangan di jalan Allah SWT.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor