Home Berita PAS Selangor

Pemuda PAS Kuala Langat hadir program serahan sarapan pagi – DPPK Kuala Langat

93
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

KUALA LANGAT, 25 September – Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Langat, Ust Muhammad Hanif bersama beberapa lagi sahabat pemuda PAS Kuala Langat telah hadir ke program serahan sarapan pagi kepada frontliner dan penerima vaksin anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Langat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kuala Langat.

Menurut tinjauan DPPK Kuala Langat, seramai 1600 orang pelajar berumur 16 hingga 17 tahun telah menerima vaksin hari ini. Dikatakan, mereka wajib ditemani oleh ibu bapa untuk proses kebenaran.

“Tahniah saya ucapkan ibubapa yang bergitu prihatin dan bertanggungjawab untuk memberikan kebenaran vaksin kepada anak-anak mereka”, kata Ust Muhammad Hanif.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Tuan Shahril Hamdan atas pelawaan untuk hadir ke program ini dan dapat bersama dengan Cengkirmuda Muda Tuan Zurihan, Ketua Bahagian UMNO Kuala Langat serta Sritheran Renganathan, Ketua Pemuda MIC Kuala Langat & Selangor.

“Lindungi Semua”

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor