Home Berita PAS Sabah

Perkasa dakwah, kebajikan dan siasah

32
SHARE

 

Aisyah Ramadha Ismail
4 Jun 2024

PUTATAN: Yang Dipertua PAS Kawasan Putatan, Ustaz Muhammad Akmal Othman berkata dengan perjuangan menebas hutan oleh para pejuang terdahulu, Putatan bermula dengan PAS Tanjung Aru pada tahun 1997 dan surat pendaftaran tahun 2000 menyempurnakan ketiga-tiga dewan pemuda, muslimat dan ulamak.

Katanya, kini Parlimen Putatan memimpin sejumlah 7 buah PASTI, sebuah SRITI dan SMITI. Ini bukanlah suatu usaha seharian tetapi memakan masa yang panjang.

“Usaha-usaha mengukuhkan gerak kerja pendidikan Islam iaitu institusi, dakwah, kebajikan dan siasah akan terus diperkasakan.

Menurutnya, mesyuarat agung tahunan kali ini mengangkat tema “Muafakat ke Gerbang Jasa untuk dihadam oleh pimpinan, dewan cawangan dan ahli kawasan.

” Tema ini diangkat agar ahli PAS terus memaknai erti musyawarah, perbincangan bermula di cawangan, dewan dan kawasan serta gerak kerja dilakukan secara amal jamaie.

“Kita tetap bersyukur dan terima kasih di atas usaha kerja keras pejuang dahulu, kini kita adalah tali rantai menyambung perjuangan dan disambung oleh generasi seterusnya dengan suasana dan zaman yang semakin mencabar, ujarnya ketika berucap Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Putatan di sini.

“Kita berada di pinggir daerah, bahkan sebahagian kawasan adalah dalam bandar raya Kota Kinabalu, penghuninya pelbagai.

“Keunikan dan kepelbagaian etnik dan bangsa di Sabah adalah satu peluang dan ruang dakwah yang mesti dimanfaatkan untuk Islam, ujarnya lagi.

Seramai 100 orang perwakilan dan pemerhati yang hadir mesyuarat agung tahunan.

Beberapa anugerah turut disampaikan dalam mesyuarat kali ini iaitu Anugerah Istiqamah diberikan kepada Muhashibi bin Razali, Anugerah Badar kepada Mohd Rizal bin Nasri, Anugerah Tokoh Khas kepada Haris bin Beddu serta Anugerah Tokoh Guru Institusi Pendidikan PAS Kawasan Putatan kepada Mohamad Nasir Othman, Syahar Nasrun, Candra Murthy Subagio, Zulzaim Hilmee Abidin dan Amina Wgkong Sakman.